Info

masjid muhammadi

Masjid al-Muhammadi dirancang dibina di Lot 4765, Jalan Pak Pura-Paya Teratai, Beris Kubur Besar, 16040 Bachok, Kelantan.

Ia terletak kira-kira 300 meter dari Sekolah Kebangsaan Pak Pura dan kira-kira lima kilometer dari pekan Beris Kubur Besar.

Tapak masjid seluas 1.5 ekar ini diwakafkan oleh Pesara Guru, Ustaz Ab Aziz Muhammad. Nama Masjid al-Muhammadi dinamakan sempena nama ayah beliau, iaitu Haji Muhammad…

 

Masjid Sementara

Sementara masjid kekal dibina dan disiapkan, kini ahli kariah mendirikan solat jemaah dan Solat Jumaat di masjid sementara, iaitu sebuah bangunan kayu (foto) yang terletak di sebelah tapak masjid kekal.

Kebenaran mendirikan Solat Jumaat diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) pada…

Masjid sementara (masjid kayu) ini adalah hasil sumbangaan Masjid Raja Bukit Besar, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pemindahan dan pembinaan semula masjid ini dilakukan menerusi gotong-royong ahli kariah diketuai Mat Daud bin Yah (kini Bilal Masjid al-Muhammadi).

 

Masjid Kekal

Masjid kekal dijangka berharga kira-kira RM1 juta dirancang dibina menggunakan rekabentuk dan konsep kontemporari di atas tanah yang sedang diratakan di hadapan masjid sementara yang ada sekarang.

Keperluan kepada sebuah masjid kekal yang luas dan selesa adalah amat mendesak berikutan pertambahan jumlah penduduk di kawasan kariah ini.

Sumbangan dana diperlukan bagi merealisasikan pembinaan masjid kekal, Masjid al-Muhammadi. Klik di sini untuk menderma.